Pages

Friday 24 June 2011

Syabas buat PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA..!!! 2-1 Klh Lubnan.


KUALA LUMPUR 23 Jun - Malaysia tumpaskan Lebanon 2-1 pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41.
Separuh masa kedua pasukan Lebanon menjaring satu gol melalui Chandie Atie pada minit ke-64 dan selepas itu Malaysia terpaksa bermain dengan sepuluh pemain apabila Gary Steven Robbart dibuang padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.
Situasi itu memaksa pasukan kebangsaan bertahan sehingga ke wisel penamat.
Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0.
- Utusan
_____________________________________________________________________________
Salam

Serius dari tadi aku menanti keputusan perlawanan hari ni coz memang 
tak sempat tengok TV hari ni. Alhamdulilah akhirnya Malaysia berjaya menumpaskan 
Lubnan dimana pada perlawanan pertama terikat 0-0. Hope 
lepas ni pasukan Bola sepak Malaysia akan terus menempah kejayaan 
demi merbatabatkan sukan bola sepak kita.. 
Malaysia BOLEH..!!!!!!!

No comments: