Pages

Sunday 10 July 2011

Jom Masak Dalca Tulang .



Salam
Baru-baru ni aku masak Dalca Tulang,aku mmg suka masak cuma 
sekarang ni aku takde masa utk masak. Bila dah masak
aku akan tangkap pic so dah alang2 nak post kat sini
aku kongsi resepi dgn korang semua..hope korang leh la cuba 
nanti.. :)

Bahan-bahan:1kg tulang (direbus),3 biji terung,5 batang kacang panjang
1 batang lobak merah,3 biji kentang - dibelah empat
 santan,100gm kacang dal - direbus (aku beli rm2 pack)
Garam secukup rasa,Minyak masak untuk menumis secukupnya.

Bahan tumis:3 biji bawang merah or besar
2 biji bawang putih,5cm halia,2batang Kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang,50gm rempah kari daging
5 biji buah pelaga dipotong

Cara memasak:1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. 

Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau seketika.
3. Kemudian masukkan rempah kari daging. Kacau rata sehingga pecah minyak dan garing.
4. Lepas tu masukkan kacang dal dan tulang. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukan garam secukup rasa dan santan.
6. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan seketika.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.

nota kecil :aku ni masak semua agak2 tak retinak bgtahu masuk byk mana tapi utk korang aku bg agak2 tu :)

No comments: