Pages

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Thursday, 14 July 2011

Bihun sup Segera .

  

Salam

Hari ni aku nak bagi korang resepi bihun sup segera.
Segera aku pun tak le segera sgt sebab
kena juga potong & blend berbagai.
aku akan masak bihun sup segera ni bila dh lapar giler yer..
so jom try nnt.. :)

Bahan-bahan : Bihun, 2 biji bawang putih, halia, 3 biji bawang merah, 
kulit kayu manis, bunga lawang, serbuk sup, cili padi
ayam, sotong, udang, daging (letak je apa yg korang suka)
fishball, lobak merah, daun sup, bunga kobis & tomato.

Cara memasak : 
-Mula-mula kisar bawang putih, halia & bawang merah.
-Masukan bahan yg telah dikisar tadi bersama 3 cawan air kedalam periuk.
-Lepas tu masukan cili padi, kulit kayu manis, bunga lawang, serbuk sup.
-Bila dah naik bau masukan daging, ayam, sotong n udang.
-Bila semua bahan seafood dah empuk,masukan fishball bersama
sayur dan tomato.
-Lepas itu letak garam secukup rasa dan akhir sekali masukan bihun & 
biarkan dia betul-betul masak.
-Akhir sekali letak daun sup dan hidangkan.

ok siap selamat mencuba yer. 

Sunday, 10 July 2011

Resepi Aiskrim OREO.




Salam 
Mesti korang semua suka makan ice cream kan..
aku pun suka mkn ice cream lebih2 time panas n jerebu ni..
ice cream yg paling aku suka adalah ice cream yg ada oreo
so kat sini aku bg resepi buat ice cream..sgt senang n mudah.

Bahan2 :
2 biji telur,10 sudu besar gula
  1 1/2 tin susu cair, 40gram overlet
1 sudu kecil vanila esen, serta Oreo yg dikisar..


Caranya :
Putar dulu gula dan telur hingga sebati, lalu masukan susu bersama
overlet serta vanila esen.
Putar bahan2 tersebut selama 40minit agar
ia betul2 gebu dan kembang.
dan akhir sekali masukan oreo yg dikisar dan kacau.Akhir sekali
tuang ke dalam bekas/ kontena plastik dan simpan dalam freezer 1 malam..
So pas2 korang boleh makan..simple kan?!
so try nanti yer...

nota kecil : Perisa tu korang boleh tukar2 ikut korang :)

Jom Masak Dalca Tulang .



Salam
Baru-baru ni aku masak Dalca Tulang,aku mmg suka masak cuma 
sekarang ni aku takde masa utk masak. Bila dah masak
aku akan tangkap pic so dah alang2 nak post kat sini
aku kongsi resepi dgn korang semua..hope korang leh la cuba 
nanti.. :)

Bahan-bahan:1kg tulang (direbus),3 biji terung,5 batang kacang panjang
1 batang lobak merah,3 biji kentang - dibelah empat
 santan,100gm kacang dal - direbus (aku beli rm2 pack)
Garam secukup rasa,Minyak masak untuk menumis secukupnya.

Bahan tumis:3 biji bawang merah or besar
2 biji bawang putih,5cm halia,2batang Kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang,50gm rempah kari daging
5 biji buah pelaga dipotong

Cara memasak:1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. 

Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau seketika.
3. Kemudian masukkan rempah kari daging. Kacau rata sehingga pecah minyak dan garing.
4. Lepas tu masukkan kacang dal dan tulang. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukan garam secukup rasa dan santan.
6. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan seketika.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.

nota kecil :aku ni masak semua agak2 tak retinak bgtahu masuk byk mana tapi utk korang aku bg agak2 tu :)

Friday, 24 June 2011

Bila si dia R.A.J.I.N Urrrrmmmm

ni antara yg dia masak time cuti :)

Salam
Baru-baru ni aku ada cite yang my lovey dovey aku nak masak 
Asam Pedas Tetel kan so minggu ni my lover cuti 3hari dan akhirnya
janji beliau untuk masak utk kitaorg semua akhirnya terlaksana sudah.
Setelah berapa bulan beliau janji nak masak Asam Pedas yg mmg kegemaraan 
aku akhirnya menjadi.. Walaupun percubaan pertama beliau masak 
Asam Pedas tu tapi not bad rasanya dan aku suka Asam Pedas dia..
so thank u yer my lover coz masak utk kami semua..
 Tapi yg aku suka ttg my lover ni dia sgt alert tentang aku bila lapar yer..
Pantang aku cakap lapar je sure dia masak apa2 walaupun simple yg penting 
mulut aku diam dari kata lapar..hehe..thank u my lover.

Steamboat yg Steam.

Mcm biasa aku gan LOVEY DOVEY aku..
Salam
Macam biasa aku nak cite pasal makan,baru-baru ni aku try makan kat 
FLAMINGO STEAMBOAT DANAU KOTA
Memang berbaloi if nk makan banyak coz kat sini buat buffet set.
Buffet untuk seorang berharga RM 23.80, macam2 jenis seafood,
noodle,fishball & desert 
serius memang berbaloi dan makan sampai steam lol.
Korang try le makan kat sini if nak makan Steamboat tak rugi yer.

Thursday, 23 June 2011

Ayam Penyet pulak.


Salam

Macam biasa le makan lagi keje aku. Bila makan je updates blog.
Bila updates blog snap picture je la keje my lovey dovey aku..hehe
Ni menu aku masa makan kat Ayam Penyet Danau Kota sebelah Bangi kopitiam..
Aku tak minat sangat makan kat sini tapi my lovey dovey yg minat so
ikut jelah kan. Mcm biasa le if aku tak berdua pasti my best friend
Oney akan ada sekali.. Kat sini yg best adalah sambal dia..urmmm sgt sdp yer..
so klu rajin gi le menapak kat sini..


me,lovey dovey n oney

Makan Besar.

Pic my lover takde coz dia sgt tkejut tgk makanan yg sgt saiz XL hehe
Salam
Dah lama x update blog kan rindu pulak kat blog. (mcm le berbulan tak updates hehe)
Tapi kali ni nk cite pasal makan je coz byk tul aku gi makan
& rajin pulak miss hot Yna aku tu snap picture.
Ok hari ni aku nak cite pasal makan malam aku bersama lovey dovey,
Planta & Oney (sweet couple aka skema ni..).
Malam tu kitorg baru balik dari ambil cik Oney balik keje so mcm biasa le
kami berempat ni adalah manusia yg boleh tahan kuat makannya lah..
So mlm tu si Planta bawa kami semua kat satu tempat makan yg mmg aku gan my lover dovey aku tak pernah pergi. Tempat tu bagi aku mmg lain dari lain le.

Nak tahu nape aku cakap lain dari yang lain, First sampai je mmg tempat tu biasa tapi
memang ramai org & memang kedai 1 malaysia .. Ke-2 kedai tu mmg takde menu
ok, Menu dia secara manual oleh bos kedai tu..mmg friendly la bos kedai tu. 
Habis semua meja customer dia singgah & berbual serta tanya ttg pendapat mereka
tentang makan kat situ dan ke-3 makanan kat situ mmg besar-besar, tak kira le
pinggan ke gelas ke makanan ke semua dlm saiz yg besar. Sebab tu aku ckp makan 
besar aku malam tu. Aku tak tahu nk pesan makan apa coz takde menu so bos 
kedai tu suruh aku gan lover dovey aku try makan Ayam Panggang with Kentang Putar.
SO tanpa tgk wajah makanan tu aku pun bsetuju je. Sekali makanan tu smpi serius
sku terkejut BESAR coz ayam tu sgt besar dan seekor (pic atas tu) yer utk aku mkn with
my lover dovey,serius mmg bersemangat dinner aku mlm tu.makan smpi tak terkata
sebab sangat kekenyangan. Oney & Planta makan ayam panggang
 juga tapi ala spice sikit.Makanan kat situ boleh tahan le tapi harga 
dia pun boleh tahan le 2 mknan we all plus
minuman kami berempat RM9+.++ yer. Mmg makan besar aku malam tu.
Lupa nak bagi tahu kedai makan tu nama William ok. :)



Friday, 17 June 2011

Menanti si Dia masak ASAM PEDAS.

INI HANYALAH ILLUSI ..hehe ptg nnt baru dpt tgk rupanya.. :)
Salam
Semalam my lover dover janji nak masak
Asam Pedas Daging..Serius bagi aku mmg sangat pelik
coz tak pernah cuba or rasa. Selalunya aku makan Asam
Pedas Ikan je. Tak sabar tunggu petang nnt dia balik masak..
Untuk pengetahuan korang dah kat berbulan dengar dia
nak masak kat kitorg. So kita tunggu je lah petang nnt yer..
nnt aku attach new pic Asam Pedas tu tu pun klu dia masak le hehe..
Lapar lol....

Tuesday, 7 June 2011

Dinner @Saba Restaurant.


Salam

Baru-baru ni cik oney perkenalkan aku 
gan miss yna makan disebuah 
Restoran arab @Wangsa Maju..

Memang 1st time aku melangkah kat situ.
nama tempat tu SABA RESTAURAN.
Makanan dia tak payah cakap le mmg menjilat jari 
plus sgt banyak n mkn smpi rasa mcm perut nak pecah daa...
Serius sgt sedap & memuaskan. Thank u pada 
Planta n Oney sebab belanja kami makan. :)

Mcm2 muka ada masa ni menanti makanan dtg sgt lapar yer
tu dia serbu dah x tahan..
aktiviti selepas kenyang da...