Pages

Thursday, 9 June 2011

Hargailah C.I.N.T.A


Salam

Seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka
kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu
bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat
khayal yang bertindak sementara sahaja dan
kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah
berganda-ganda lagi selepas itu … kerana sesungguhnya kita
boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada
seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali
pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya
apabila kita mencinta seseorang walaupun
dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi
betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita
tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun.
Fikirlah … perasaanya sama seperti perasaan kita … ingin
mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah
perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

CINTA adalah ibarat air. Kitasangat memerlukannya di
dalam hidup namun jika ia
ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan
mengumbang-ambingkan hidup kita,jika ia ibarat air di kutub
utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang
membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir
tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan
kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah
kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang
tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan
berjuta keladak di dasarnya.Maka jenis air manakah yang
kita inginkan … Carilah mata air yang suci lagi murni … walaupun
keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi
dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang
kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta
pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk
menjadi cinta terakhirnya.

Note :khas utk my lover..

No comments: