Pages

Thursday, 23 June 2011

Ayam Penyet pulak.


Salam

Macam biasa le makan lagi keje aku. Bila makan je updates blog.
Bila updates blog snap picture je la keje my lovey dovey aku..hehe
Ni menu aku masa makan kat Ayam Penyet Danau Kota sebelah Bangi kopitiam..
Aku tak minat sangat makan kat sini tapi my lovey dovey yg minat so
ikut jelah kan. Mcm biasa le if aku tak berdua pasti my best friend
Oney akan ada sekali.. Kat sini yg best adalah sambal dia..urmmm sgt sdp yer..
so klu rajin gi le menapak kat sini..


me,lovey dovey n oney

Makan Besar.

Pic my lover takde coz dia sgt tkejut tgk makanan yg sgt saiz XL hehe
Salam
Dah lama x update blog kan rindu pulak kat blog. (mcm le berbulan tak updates hehe)
Tapi kali ni nk cite pasal makan je coz byk tul aku gi makan
& rajin pulak miss hot Yna aku tu snap picture.
Ok hari ni aku nak cite pasal makan malam aku bersama lovey dovey,
Planta & Oney (sweet couple aka skema ni..).
Malam tu kitorg baru balik dari ambil cik Oney balik keje so mcm biasa le
kami berempat ni adalah manusia yg boleh tahan kuat makannya lah..
So mlm tu si Planta bawa kami semua kat satu tempat makan yg mmg aku gan my lover dovey aku tak pernah pergi. Tempat tu bagi aku mmg lain dari lain le.

Nak tahu nape aku cakap lain dari yang lain, First sampai je mmg tempat tu biasa tapi
memang ramai org & memang kedai 1 malaysia .. Ke-2 kedai tu mmg takde menu
ok, Menu dia secara manual oleh bos kedai tu..mmg friendly la bos kedai tu. 
Habis semua meja customer dia singgah & berbual serta tanya ttg pendapat mereka
tentang makan kat situ dan ke-3 makanan kat situ mmg besar-besar, tak kira le
pinggan ke gelas ke makanan ke semua dlm saiz yg besar. Sebab tu aku ckp makan 
besar aku malam tu. Aku tak tahu nk pesan makan apa coz takde menu so bos 
kedai tu suruh aku gan lover dovey aku try makan Ayam Panggang with Kentang Putar.
SO tanpa tgk wajah makanan tu aku pun bsetuju je. Sekali makanan tu smpi serius
sku terkejut BESAR coz ayam tu sgt besar dan seekor (pic atas tu) yer utk aku mkn with
my lover dovey,serius mmg bersemangat dinner aku mlm tu.makan smpi tak terkata
sebab sangat kekenyangan. Oney & Planta makan ayam panggang
 juga tapi ala spice sikit.Makanan kat situ boleh tahan le tapi harga 
dia pun boleh tahan le 2 mknan we all plus
minuman kami berempat RM9+.++ yer. Mmg makan besar aku malam tu.
Lupa nak bagi tahu kedai makan tu nama William ok. :)



Saturday, 18 June 2011

Still ...


I know its hard to believe
your still the biggest part of me
all I'm living for
I still think about you
I still dream about you
I still want you
and need you by my side
I'm still mad about you
all I ever wanted was you
your still the one

Friday, 17 June 2011

Menanti si Dia masak ASAM PEDAS.

INI HANYALAH ILLUSI ..hehe ptg nnt baru dpt tgk rupanya.. :)
Salam
Semalam my lover dover janji nak masak
Asam Pedas Daging..Serius bagi aku mmg sangat pelik
coz tak pernah cuba or rasa. Selalunya aku makan Asam
Pedas Ikan je. Tak sabar tunggu petang nnt dia balik masak..
Untuk pengetahuan korang dah kat berbulan dengar dia
nak masak kat kitorg. So kita tunggu je lah petang nnt yer..
nnt aku attach new pic Asam Pedas tu tu pun klu dia masak le hehe..
Lapar lol....

Tuesday, 14 June 2011

Boyce Avenue.


Salam
Boyce Avenue is an independent Florida-based band popular for its strong acoustic roots and melodic rock sound, consists of the three brothers Alejandro, Fabian, and Daniel Manzano, and good friend Stephen Hatker.
Besides singing their own songs, they also have done alot of cover of other artists’ songs.
My favorite song cover that they did is Five for Fighting  which was orginally sang by Superman and i think Boyce Avenue sang it better than original singer.
Anyway, enjoy the song… awesome..!!



Saturday, 11 June 2011

Bahagia selagi ada..

Salam,

Hidup,mati dan kebahagiaan kita adalah sebuah rahsia yg kita tak pasti apa yg akan
berlaku tapi selagi kita bernyawa berilah kebahagian utk insan2 yg kita sygi..
Kerna kebahagiaan itu akan meninggalkan kenangan indah bila kita pergi kelak...
Telan segala kepahitan & kesakitan kerna ia akan menjadi sebuah pengajaran
 utk kita agar menjadi insan yg lbh baik...
Berikan senyuman dibibir agar ia menjadi sebuah penawar
yang tiada tandingan..

Cintailah si dia yang nyata mencintai kita..orang yang kita sayang akan
 pergi meninggalkan kita demi orang yang dia sayang...
tapi orang yang menyayangi kita akan sentiasa di sisi
kita kerana di hatinya cuma ada diri kita...
apa pun jangan terlalu mengharapkan cinta kerana cinta itu mampu untuk
 berputik, gugur dan berputik semula dan tidak mustahil berulang-ulang
sehingga berbuah.seindah,seikhlas, sejujur mana pun dia di mata kita..
dia tetap manusia yang bisa untuk berubah pada suatu ketika..

Friday, 10 June 2011

Jururawat diculik nyaris dijual

Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.
Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.
petikan dari Harian Metro.

-Sangat bahaya dunia sekarang..area ni dekat dgn umah aku..harus berhati-hati..

Thursday, 9 June 2011

Cinta Lagi

Salam

Sejak manusia pertama
Aku adalah pencinta biasa
Yang dengan hati mencintaimu
Mencinta dengan caraku
Cinta yang mengharapkan setia
Cinta tanpa kata-kata
Cinta seperti embun dan pagi
Cinta seperti bulan dan bintang
Cinta seperti api dan bara
Kamu telah ku pilih untuk cintaku
Bukan cinta untuk melampiaskan nafsu semata-mata
Bukan cinta untuk saling berdusta
Tapi cinta untuk meraih bahagia
Ku nikmati semua waktu yang ada
Walau hanya dalam dunia maya kita bersua
Walau hanya dalam nada mendengar suara
Nurani ku menyimpan harapan menjadi nyata

from blog ttg cinta


Hargailah C.I.N.T.A


Salam

Seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka
kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu
bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat
khayal yang bertindak sementara sahaja dan
kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah
berganda-ganda lagi selepas itu … kerana sesungguhnya kita
boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada
seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali
pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya
apabila kita mencinta seseorang walaupun
dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi
betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita
tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun.
Fikirlah … perasaanya sama seperti perasaan kita … ingin
mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah
perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

CINTA adalah ibarat air. Kitasangat memerlukannya di
dalam hidup namun jika ia
ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan
mengumbang-ambingkan hidup kita,jika ia ibarat air di kutub
utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang
membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir
tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan
kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah
kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang
tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan
berjuta keladak di dasarnya.Maka jenis air manakah yang
kita inginkan … Carilah mata air yang suci lagi murni … walaupun
keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi
dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang
kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta
pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk
menjadi cinta terakhirnya.

Note :khas utk my lover..

Wednesday, 8 June 2011

Dia Best Friend aku..

Salam

2-3 hari ni mmg mood aku sgt kureng..
tapi mood tu akan jadi ok bila my best frenz aku si oney
tu sentiasa jadi pendengar setia aku n memahami perasaan
aku yg agak sewel 2-3 hari ni..

Dan dia buat post utk aku. Aku hargai sgt coz dia mmg memahami aku..
ini kata-kata beliau utk aku,tapi aku akan list jwpn pada kata2 dia.

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
-5 org tu myb,my dad kot coz sggp pertahankan n jaga keselamatan anak2 dia,
kedua mestila my mum kot coz sggp bjaga pagi ptg siang mlm
utk tgk anak2 dia happy. Ke-3 myb my family coz sentiasa ada
utk aku masa susah senang. Ke-4 myb my lover tu pun klu dia sggp la..hehe
 n ke-5 sure lah my best frenz n myb org 2 cik ONEY.. :)

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
-15 org tu sape ek..? 5org tu semestinya insan2 lima diatas le but lg
sepuluh?urmmm sape ek..mcm xde pun yer coz aku ni x ramai
kawan..myb atuk nenek aku n spupu yg baik gan aku..
klu spupu 2 org tu adalah k.pupu aku roziah tu..aku syg dia..urmmm

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
-Aku tahu sape yg membenci aku now tapi biarlah rahsia..hehe

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
 -Senyuman adalah trademark aku..n aku suka senyum coz buat aku happy. tapi kdg2 senyum aku x cantik coz nampak gigi aku penuh n ala2 jonggang pun ada.. :p

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 
-org tu mesti my lover kot tp dia ingat ke?n myb untik adalah adik aku yg bongsu sbb
dok tggu aku balik kg nk suruh aku belanja dia buat rambut
ala rebonding. guna jari pun blh..wakawaka

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
-sape org tu ek?myb oney coz dia selalu makan 'rasuah'gan aku..hehe

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
-ni x tahu le..urmmmm

8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 
-xdelah istimewa sgt coz aku ni kdg2 sengal n plus sengal bila ada si oney..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
-urrrrmmmm xde jwpn coz kat atas ckp tidak diketahui yer.. :P

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
-itu aku sgt setuju,dulu aku sgt jauh gan family but disebabkan sesuatu yg terjadi
baru aku tahu menghargai family aku.. i love my family sgt

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
-myb yer.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
-yes think positif insyallah apa yg kita impikan akan jadi kenyataan.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
-dan terima segala caci itu sebagai tangga loncatan utk berjaya..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
-betul tu lepas meluahkan perasaan lega akan hadir dan tenang..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
- Aku nk bagitau kat sini oney ko mmg kawan baik aku until now n hope ko akan
kekal sebagai kawan baik aku dunia akhirat smpi hujung nyawa aku..
aku hargai kehadiran ko selain kehadiran my lover... :)